Friday 20 December 2013

LAWATAN PEMANTAUAN PERTAMA KE KAMPUNG MENTI 2013

Salam sejahtera semua:

Alhamdulilah, ahli JKKK Kampung Tanjung Parang  (pegawai mentor) telah berjaya mengadakan lawatan pemantauan yang pertama ke kampung menti pada 14 Disember 2013. Dua buah kampung telah dilawati iaitu Kampung Senangeh, Sadong Jaya dan Kampung Sebandi, Asajaya.

Antara aspek-aspek yang diberi penekanan adalah:
1. Pengurusan dokumen - buku profil kampung
2. Peluang meningkat ekonomi kampung melalui program yang telah dirancang
3. Pengindahan keceriaan kampung
4. Kemudahan internet / blog / facebook
5. Cabaran-cabaran / kekangan yang perlu diambil perhatian
6. Sesi perbincangan / soal jawab

Harapan kami sebagai kampung mentor agar lima buah kampung menti akan dapat berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat mereka ke arah kampung/desa yang cemerlang pada masa akan datang.

Laporan terkini, rombongan pegawai kampung mentor (diketuai Hjh. Saftuyah, Encik Bahtiar, Encik Mahdi, Encik Mohd. razif dan Hjh. Reni) sedang dalam perjalanan lawatan ke-3 buah kampung menti iaitu Kampung Stumbin, Rumah Panjang Edmund Kumbong (21.12.2013) dan Kampung Beladin (22.12.2013). Semoga perkongsian ini akan menjadikan kampung menti lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga selamat pergi dan balik wahai sahabat mentorku sekalian.

Wassalam.

Taklimat menyeluruh oleh Encik Ibrahim kepada JKKK Kampung Senangeh,
Sadong Jaya (di dewan serbaguna kampung). Taklimat merangkumi aspek pengurusan/kepimpinan, buku profil dan perkara penting yang berkaitan dengan kemajuan kampung.

Lawatan ke persekitaran kampung untuk tujuan penambahbaikan
keceriaan dan keindahan / projek ekonomi jika berkaitan. JKKK Kampung ada menampakkan usaha ke arah
pengurusan yang lebih progresif dan bersistematik.

Lawatan ke rumah panjang dalam kawasan Kampung Senangeh. Hjh. Saftuyah diiringi oleh Pengerusi JKKK
serta AJK yang lain. Syabas dan tahniah kepada semua JKKK Kampung Senangeh atas usaha dan perubahan
yang dilakukan bagi memajukan lagi kampung.
Taklimat kedua oleh pegawai mentor di Kampung Sebandi Ulu,
di Bilik Gerakan JKKK. Tahniah kepada kaetua kaum, semua ahli JKKK dan kaunselor Tegak atas usaha dan
kesungguhan anda untuk memajukan kampung.

Lawatan sekeliling Kampung Sebandi Ulu bagi meninjau perkembangan semasa
keceriaan dan keindahan semasa.
Tahniah dan syabas kerana Kampung Sebandi Ulu telah menjadi naib johan dalam pertandingan
ADC peringkat negeri Sarawak 2013. Tahun 2014 akan penentu kejayaan sebenar kampung setelah mendapat
bimbingan daripada kampung mentor.
Gambar kenangan JKKK Kampung Sebandi Ulu bersama pegawai mentor dan pegawai KEMAS Negeri Cik Gleysia serta rombongan.