Friday 20 December 2013

LAWATAN PEMANTAUAN PERTAMA KE KAMPUNG MENTI 2013

Salam sejahtera semua:

Alhamdulilah, ahli JKKK Kampung Tanjung Parang  (pegawai mentor) telah berjaya mengadakan lawatan pemantauan yang pertama ke kampung menti pada 14 Disember 2013. Dua buah kampung telah dilawati iaitu Kampung Senangeh, Sadong Jaya dan Kampung Sebandi, Asajaya.

Antara aspek-aspek yang diberi penekanan adalah:
1. Pengurusan dokumen - buku profil kampung
2. Peluang meningkat ekonomi kampung melalui program yang telah dirancang
3. Pengindahan keceriaan kampung
4. Kemudahan internet / blog / facebook
5. Cabaran-cabaran / kekangan yang perlu diambil perhatian
6. Sesi perbincangan / soal jawab

Harapan kami sebagai kampung mentor agar lima buah kampung menti akan dapat berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat mereka ke arah kampung/desa yang cemerlang pada masa akan datang.

Laporan terkini, rombongan pegawai kampung mentor (diketuai Hjh. Saftuyah, Encik Bahtiar, Encik Mahdi, Encik Mohd. razif dan Hjh. Reni) sedang dalam perjalanan lawatan ke-3 buah kampung menti iaitu Kampung Stumbin, Rumah Panjang Edmund Kumbong (21.12.2013) dan Kampung Beladin (22.12.2013). Semoga perkongsian ini akan menjadikan kampung menti lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga selamat pergi dan balik wahai sahabat mentorku sekalian.

Wassalam.

Taklimat menyeluruh oleh Encik Ibrahim kepada JKKK Kampung Senangeh,
Sadong Jaya (di dewan serbaguna kampung). Taklimat merangkumi aspek pengurusan/kepimpinan, buku profil dan perkara penting yang berkaitan dengan kemajuan kampung.

Lawatan ke persekitaran kampung untuk tujuan penambahbaikan
keceriaan dan keindahan / projek ekonomi jika berkaitan. JKKK Kampung ada menampakkan usaha ke arah
pengurusan yang lebih progresif dan bersistematik.

Lawatan ke rumah panjang dalam kawasan Kampung Senangeh. Hjh. Saftuyah diiringi oleh Pengerusi JKKK
serta AJK yang lain. Syabas dan tahniah kepada semua JKKK Kampung Senangeh atas usaha dan perubahan
yang dilakukan bagi memajukan lagi kampung.
Taklimat kedua oleh pegawai mentor di Kampung Sebandi Ulu,
di Bilik Gerakan JKKK. Tahniah kepada kaetua kaum, semua ahli JKKK dan kaunselor Tegak atas usaha dan
kesungguhan anda untuk memajukan kampung.

Lawatan sekeliling Kampung Sebandi Ulu bagi meninjau perkembangan semasa
keceriaan dan keindahan semasa.
Tahniah dan syabas kerana Kampung Sebandi Ulu telah menjadi naib johan dalam pertandingan
ADC peringkat negeri Sarawak 2013. Tahun 2014 akan penentu kejayaan sebenar kampung setelah mendapat
bimbingan daripada kampung mentor.
Gambar kenangan JKKK Kampung Sebandi Ulu bersama pegawai mentor dan pegawai KEMAS Negeri Cik Gleysia serta rombongan.

Wednesday 27 November 2013

MESYUARAT PENILAIAN HARGA BAGI MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN KPD KOPERASI DESA LESTARI KAMPUNG TANJUNG PARANG

Salam sejahtera:
Alhamdulillah, satu siri mesyuarat khas bagi menilai harga, pembekal perkhidmatan untuk KOPERASI DESA LESTARI, KAMPUNG TANJUNG PARANG, SAMARAHAN BERHAD telah dpt dijalankan pada 27 November 2013 (kelmarin) d Bilik JKKK KATAPA.
Mesyuarat dipengerusikan/diketuai oleh En. Abduraya, Pegawai KEMAS Samarahan dan dihadiri oleh Cik Nur Azreen (Penolong Peg. Ehwal Ekonomi,  SKM Smrhn, En. Zulkalfi (Pembantu Ehwal Ekonomi, SKM Smrhn dan En. Wan Jeymizan (KKLW Kuching).
Mesyuarat penilaian juga disertai oleh Tn. Hj. Ali b. Odik (Penghulu/Pengerusi JKKK KATAPA selaku Pengerusi Koperasi) dan En. Roselan b. Bahari ( bendahari Koperasi ).
Mesyuarat tamat jam 5.15 petang.

Aktiviti bergambar mesyuarat.




SEHARI BERSAMA PROGRAM MENTOR MENTI 2013

Salam sejahtera semua:

Alhamdulillah, pada 23 November 2013 yang lepas (Sabtu) Kampung Tanjung Parang telah mengadakan Program Mentor Menti dengan kerjasama Jabatan KEMAS Negeri Sarawak. Aktiviti berlangsung selama 1 hari itu di hadiri oleh 5 buah kampung menti iaitu, Kampung Sebandi Ulu, Kampung Senangeh, Kampung Stumbin, Kampung Beladin dan Rumah Panjang Edmund Kumbong.

Apa yang membanggakan, semua kampung menti memberikan kerjasama yang sepenuhnya semasa aktiviti dijalankan. Dijangkakan seramai 250 orang hadir pada hari tersebut, termasuk Yang Berbahagia Encik Lingi ak. Liban, Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sarawak.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan diharapkan kampung menti akan mencapai kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.

Wassalam.


KAMPUNG SEBANDI ULU,
ASAJAYA, KOTA SAMARAHAN


KAMPUNG BELADIN, BATANG LUPAR


RH. PANJANG EDMUND KUMBONG,
SUNGAI RUAN ROBAN, SRI AMAN


KAMPUNG SENANGEH, BATANG SADONG


TETAMU JEMPUTAN & AJK
PROGRAM MENTOR MENTI


KAMPUNG STUMBIN, ARI AMAN


TAKLIMAT OLEH EN. ALADEN
KEPADA KAMPUNG MENTI


PESERTA KAMPUNG MENTI
YANG HADIR


PENYAMPAIAN CENDERAHATI
KEPADA EN. ABDU RAYA


ACARA BERTANDAK
"SEMUA PESERTA MENTOR MENTI SPORTING HABIS


PERSEMBAHAN SILAT GERAK BAKAWALI
PERSATUAN SILAT KAMPUNG MENTOR


PERSEMBAHAN 'BERLANANG' OLEH PENDUDUK
KAMPUNG TANJUNG PARANG


HJ. ALI ALI B. ODIK MENYAMPAIKAN UCAPAN
ALU-ALUAN KEPADA PESERTA KAMPUNG MENTI


EN. LINGI AK. LIBAN-PEN. PENGARAH KEMAS NEGERI SRWK
MENYAMPAIKAN UCAPAN


PESERTA KAMPUNG MENTI MENJAMU SELERA


HIDANGAN MAKANAN TENGAH HARI


JUALAN KEREPEK DAN HASIL KAMPUNG



Thursday 21 November 2013

TAKLIMAT PERSEDIAAN TERAKHIR PROGRAM MENTOR MENTI 2013

Salam sejahtera semua:

Satu sesi taklimat telah diadakan pada malam 21 November 2013 (jam 8.30 malam) bertempat di Bilik GDW/JKKK bagi membincangkan Program mentor menti yang akan diadakan pada 23 November 2013. Program tersebut akan dilaksanakan di dewan serbaguna, Kampung Tanjung Parang.

Jangkaan peserta adalah seramai 250 orang ( terdiri daripada 5 buah kampung dan pegawai-pegawai yang dijemput). Program akan berjalan selama sehari. Antara aktiviti yang akan dijalankan:
a. Persembahan kebudayaan
b. Taklimat profil kampung
c. Tayangan video
d. Sesi soaljawab
e. Lawatan ke lokasi ekonomi - perladangan / pertanian

Disertakan lampiran gambar taklimat pada malam tersebut.

Wassalam.


Wednesday 20 November 2013

GOTONG ROYONG MENGEMASKAN BILIK GERAKAN DESA WAWASAN/JKKK

Salam semua..........

Aktiviti gotong-royong mengemaskan bilik GDW / JKKK telah diadakan pada 18 November 2013 (Isnin). Aktiviti gotong-royong dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Pejabat KEMAS Samarahan dengan kerjasama penduduk kampung.

Gotong royong dilakukan supaya Bilik GDW / JKKK lebih kemas dan tersusun. Bilik GDW/JKKK ini baru siap dinaiktaraf oleh pihak kontraktor ( projek pembesaran ) pada bulan yang lepas. Penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan KEMAS kerana bersusah payah dan berusaha keras menceriakan bilik GDW/JKKK kampung.
Wassalam.

Gambar aktiviti gotong royong pada hari tersebut.




 

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT KAMPUNG ANJURAN RELA 2013

Salam semua...............

Pasukan RELA telah mengadakan pertandingan sepak takraw tertutup peringkat Kampung Tanjung Parang pada 13 dan 15 Oktober 2013 (Ahad & Selasa). Kategori pertandingan terbahagi kepada dua, iaitu Kategori senior dan kategori veteren. Alhamdulillah, sambutan penyertaan sangat menggalakkan.

Pertandingan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha dan untuk merasmikan gelanggang sepak takraw yang baru siap dibina pada tahun ini. Peruntukan diberi oleh pihak kerajaan dan pihak RELA diberikan amanah untuk menyiapkan gelanggang tersebut dibawah seliaan Encik Ali Amat Mohamad (Pengerusi RELA) Kampung Tanjung Parang.

Majlis penutupan dihadiri ayahanda penghulu Hj. Ali B. Odik, Tn. Hj. Bujang B. Suhai (imam masjid) dan beberapa tetamu jemputan yang lain.

Syabas dan tahniah kepada pasukan RELA kerana berjaya menganjurkan pertandingan seperti ini.

Wassalam.


MAJLIS MALAM RAMAH MESRA 2013

Salam satu Malaysia:

Majlis Ramah Mesra 2013 telah diadakan pada 7 September 2013 di dewan Serbaguna. Majlis bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung. Berbagai acara telah dijalankan di sepanjang majlis tersebut, seperti persembahan nyanyian, penyampaian hadiah/cenderahati kepada penduduk kampung serta ketua blok setiap zon.

Majlis dihadiri oleh YB Datuk Haji Abdul Rahman Rahman Hamzah, Menteri Muda Perumahan & Pembangunan Belia Negeri Sarawak merangkap ADUN N14 Asajaya, pegawai KRT dan VIP yang lain. YB mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK yang terlibat dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menjaminkan kemakmuran dan kerjasama yang berterusan.
Wassalam.

Gambar suasana majlis Malam Ramah Mesra 2013.







MAJLIS SOLAT HAJAT & DOA KESYUKURAN

Salam sejahtera semua:

Alhamdulillah, majlis solat hajat dan doa kesyukuran Puan Rubiah Bt. Hj. Wang telah diadakan di Masjid Darul Salihin pada 19 April 2013 berjalan dengan lancar. Majlis juga dihadiri oleh YB Datuk Hj. Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN N14 Asajaya, bagi memberi sokongan kepada Puan Rubiah Hj. Wang, calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum.

Majlis dihadiri oleh penduduk Kampung Tanjung Parang serta penduduk kampung yang berdekatan. Selepas itu, majlis jamuan diadakan.

Gambar suasana pada majlis itu dikepilkan bersama.
Wassalam.





MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI DESA LESTARI BERHAD

Salam sejahtera semua:

Mesyuarat pertama penubuhan ahli lembaga koperasi bagi menguruskan KOPERASI DESA LESTARI yang dinamakan sebagai KOPERASI DESA LESTARI, KAMPUNG TANJUNG PARANG, SAMARAHAN BERHAD.
Alhamdulillah penyertaan penduduk kampung amat menggalakkan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh ayahanda penghulu Haji Ali Odik dan dibantu oleh saudara Bahtiar B. Hj. Ayong.
Semoga koperasi kampung terus cemerlang di masa akan datang.
Wassalam.