Friday 22 June 2012

SUKANEKA

Salam semua:
Sebagai perkongsian bersama, disertakan aktiviti sukaneka peringkat kampung yang telah dianjurkan oleh Tabika KEMAS kampung. Aktiviti ini telah dijalankan pada awal bulan jun ini tadi. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
Wassalam.

Thursday 7 June 2012

IMPIAN JADI KENYATAAN : MEWAKILI SARAWAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Salam sejahtera:

Alhamdulillah, Kampung Tanjung Parang telah menjadi johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri pada tahun ini. Tahniah juga kepada wakil bahagian Sibu (ke-2) dan bahagian Miri (ke-3) yang mendapat tiga kedudukan terbaik. Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, pada 25.05.2012 bertempat di FOUR POINTS HOTEL, KUCHING.

Ini bermakna, Kampung Tanjung Parang akan mewakili Sarawak ke pertandingan ADC peringkat kebangsaan yang mungkin akan dijalankan pada bulan Ogos nanti. Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pemangkin untuk penduduk kampung supaya terus berusaha ke arah pengurusan kampung yang lebih cekap, efisien dan bertanggungjawab.

Ini juga adalah berkat doa dari rakan-rakan kampung yang berdekatan ( kampung-kampung dalam Bahagian Samarahan ). Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Sebarang perkongsian bersama, amatlah dialukan-alukan.

Terima kasih juga kepada pejabat daerah, residen, pihak INFRA dan juga pihak KEMAS ( pegawai-pegawai yang begitu komited dalam melaksanakan tugas ) atas sokongan dan bantuan yang diberikan.

Doakanlah agar Kampung Tanjung Parang ( Negeri Sarawak amnya ) berjaya dalam pertandingan ADC peringkat kebangsaan nanti. Amin.

Disertakan gambar-gambar berkaitan sebagai perkongsian kita bersama.
Wassalam.