Saturday 6 October 2012

BIRO KEBAJIKAN & SUMBANGAN RELA KAMPUNG

Salam sejahtera.......

Aktiviti RELA amat penting bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam, terutama penduduk kampung. Walaubagaimanapun, peranan RELA juga berkisar kepada soal kebajikan atau kemasyarakatan. RELA kampung telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 30 September 2012 yang lepas.

Di samping itu, mereka juga telah menjalankan kewajipan membantu membersihkan kawasan rumah penduduk kampung yang terbakar, iaitu rumah Encik Mis, Puan Dara dan Puan Ros. Syabas kepada pasukan RELA kampung atas tanggungjawab yang dinerikan. Kepada mangsa kebakaran, takziah diucapkan, moga sabar dengan dugaan drpd Allah s.w.t.
Pada hari sebelumnya, BIRO KEBAJIKAN bersama ayahanda penghulu serta ahli JKKK telah menyampaikan sumbangan derma oleh penduduk kampung dan SK MATA PARANG. Terima kasih semua, atas derma yang diberikan.



Wassalam.

Friday 5 October 2012

PENGHAKIMAN KECERIAAN KEMERDEKAAN KEBANGSAAN 2012

Salam satu Malaysia......

Alhamdulillah, Kampung Tanjung Parang telash berjaya mengendalikan Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan pada 14 September 2012. Kali ini penghakiman telah dibuat oleh pihak Kementerian Penerangan Putra jaya. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti, konvoi bermotosikal, pembentangan ttg aktiviti kemerdekaan, acara berlanang ( pergi mengambal), bergendang, rumah merdeka dan juga pameran kemerdekaan.
Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar berkat kerjasama dan kesungguhan semua pihak (penduduk kampung, KEMAS SAMARAHAN, pihak pejabat daerah asajaya dan samarahan.
Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar sebagai perkongsian bersama.






Wassalam.

PENGISIAN KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN

Alhamdulillah, pengisian kemerdekaan ke-55 pada tahun ini sungguh bermakna kepada penduduk kampung kerana melibatkan kepimpinan, keceriaan, semangat patriotisme dan semangat kerjasama yang tinggi. Apatah lagi, pada tahun ini Kampung Tanjung Parang akan mewakili Sarawak bagi peringkat kebangsaan. Disertakan gambar berkaitan sebagai pengisian kemerdekaan pada tahun ini. Wassalam.




Thursday 13 September 2012

PERSEDIAAN KEMERDEKAAN 2012

Assalamualaikum........



Alhamdulillah, Kampung Tanjung Parang telah mewakili Negeri Sarawak dalam pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan. Semoga kampung kita akan berjaya dalam pertandingan itu nanti. Disertakan gambar sebagai perkongsian bersama. Wassalam.

Friday 22 June 2012

SUKANEKA

Salam semua:
Sebagai perkongsian bersama, disertakan aktiviti sukaneka peringkat kampung yang telah dianjurkan oleh Tabika KEMAS kampung. Aktiviti ini telah dijalankan pada awal bulan jun ini tadi. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
Wassalam.

Thursday 7 June 2012

IMPIAN JADI KENYATAAN : MEWAKILI SARAWAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Salam sejahtera:

Alhamdulillah, Kampung Tanjung Parang telah menjadi johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri pada tahun ini. Tahniah juga kepada wakil bahagian Sibu (ke-2) dan bahagian Miri (ke-3) yang mendapat tiga kedudukan terbaik. Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, pada 25.05.2012 bertempat di FOUR POINTS HOTEL, KUCHING.

Ini bermakna, Kampung Tanjung Parang akan mewakili Sarawak ke pertandingan ADC peringkat kebangsaan yang mungkin akan dijalankan pada bulan Ogos nanti. Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pemangkin untuk penduduk kampung supaya terus berusaha ke arah pengurusan kampung yang lebih cekap, efisien dan bertanggungjawab.

Ini juga adalah berkat doa dari rakan-rakan kampung yang berdekatan ( kampung-kampung dalam Bahagian Samarahan ). Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Sebarang perkongsian bersama, amatlah dialukan-alukan.

Terima kasih juga kepada pejabat daerah, residen, pihak INFRA dan juga pihak KEMAS ( pegawai-pegawai yang begitu komited dalam melaksanakan tugas ) atas sokongan dan bantuan yang diberikan.

Doakanlah agar Kampung Tanjung Parang ( Negeri Sarawak amnya ) berjaya dalam pertandingan ADC peringkat kebangsaan nanti. Amin.

Disertakan gambar-gambar berkaitan sebagai perkongsian kita bersama.
Wassalam.


Tuesday 10 April 2012

PROJEK PEMBANGUNAN

Salam sejahtera:

Alhamdulillah, beberapa projek pembangunan di kampung telah dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi kemudahan penduduk dan orang luar.

Disertakan gambar berkaitan sebagai perkongsian bersama,
Wassalam.





Monday 9 April 2012

PEKERJAAN UTAMA

SALAM SEJAHTERA.

Gambar menunjukkan pekerjaan utama penduduk Kampung Tanjung Parang. Majoriti 25% penduduk adalah petani, pekebun dan penternak. Pertanian merupakan sumber pendapatan utama penduduk kampung samada diusahakan secara tradisional atau moden (bantuan jabatan kerajaan). Kini bidang pertanian diperluaskan lagi terutama dalam penanaman kelapa sawit.

Gambar pekebun/petani dan pertanian yang dijalankan.



Saturday 7 April 2012

PERSEDIAAN ADC PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

Salam sejahtera:


Tahniah dan syabas kepada semua penduduk KAMPUNG TANJUNG PARANG atas kerjasama yang telah diberikan semasa gotong membersihkan kampung tempoh hari. Kita berharap agar kampung kita akan berjaya dalam rangking terbaik dalam pertandingan ANUGERAH DESA CEMERLANG 2012. Sama-samalah kita berdoa. Amin!