Wednesday 26 March 2014

LAWATAN PERKONGSIAN KE TAPAK TERNAKAN MADU KELULUT

Salam semua............ Alhamdulillah,dengan berkat izin Allah, Tn. Haji Ai B. Odik (Penghulu), Encik Ibrahim, Encik Sazali dan rombongan telah melawat tapak / tempat ternakan madu kelulut di Lundu pada 15 Februari 2014 yang lepas. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang aspek penjagaan/pemeliharaan ternakan madu kelulut. Semoga lawatan ini akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk kampong untuk cuba berusaha menternak madu kelulut itu nanti. Projek ini adalah berkaitan dengan projek KOPERASI DESA LESTARI KAMPUNG TANJUNG PARANG. SEMOGA BERJAYA.

KONVENSYEN DESA LESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013-2014

Alhamdulillah, kami telah menghadiri konvensyen tersebut pada akhir Disember 2013. Konvensyen ini telah diadakan di INFRA, Selangor dan dihadiri oleh 22 buah kampung lestari seluruh negara. Banyak maklumat telah dikongsikan bersama sepanjang 2 hari tersebut, khususnya bagaimana hendak menjadi pemimpin yang cemerlang. Selain itu juga, konvensyen fokus kepada pengurusan koperasi desa lestari. Wassalam.

LAWATAN KAMPUNG MENTOR KE KAMPUNG MENTI

Salam sejahtera: Alhamdulillah, kita sebagai mentor kepada 5 buah kampong di negeri Sarawak, telah mengadakan lawatan pemantauan ke kampong menti pada hujung bulan Disember 2013 yang lepas. Lawatan selama dua hari (22-23/12.13) itu adalah bertujuan memastikan persediaan awal kampong menti telah dibuat sebelum pertandingan ADC peringkat negeri diadakan. Sebanyak 7 aspek kategori dibincangkan dan diberi penilaian sepanjang lawatan tersebut. Tahniah kepada Pn. Hjh. Saftuyah (Pejabat KEMAS Samarahan, Cikgu Mahdi, Encik Bahtiar dan rakan-rakan lain kerana telah menjayakan lawatan pemantauan tersebut. Lawatan ke Kampung Stumbin,Rumah Panjang Edmund Kumbong Saratok dan Kampung Beladin

Thursday 27 February 2014

PRODUK MADU KELULUT DI SARAWAK

Salam sejahtera: Alhamdulillah, kami telah bekerjasama dengan pihak Syamille Agro Farm, Perak, pengeluar madu kelulut yang terkenal di Malaysia, untuk menjadi pengedar produk tersebut bagi negeri Sarawak. Sila hubungi En. Aladen B. Omar, hp:0138110789 untuk penjelasan lebih lanjut. Bersama-sama ini disertakan pemplet sebagai panduan pihak tuan/puan. Boleh juga layari blog Syamille -http://kelulutmalaysia.blogspot.com

Friday 20 December 2013

LAWATAN PEMANTAUAN PERTAMA KE KAMPUNG MENTI 2013

Salam sejahtera semua:

Alhamdulilah, ahli JKKK Kampung Tanjung Parang  (pegawai mentor) telah berjaya mengadakan lawatan pemantauan yang pertama ke kampung menti pada 14 Disember 2013. Dua buah kampung telah dilawati iaitu Kampung Senangeh, Sadong Jaya dan Kampung Sebandi, Asajaya.

Antara aspek-aspek yang diberi penekanan adalah:
1. Pengurusan dokumen - buku profil kampung
2. Peluang meningkat ekonomi kampung melalui program yang telah dirancang
3. Pengindahan keceriaan kampung
4. Kemudahan internet / blog / facebook
5. Cabaran-cabaran / kekangan yang perlu diambil perhatian
6. Sesi perbincangan / soal jawab

Harapan kami sebagai kampung mentor agar lima buah kampung menti akan dapat berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat mereka ke arah kampung/desa yang cemerlang pada masa akan datang.

Laporan terkini, rombongan pegawai kampung mentor (diketuai Hjh. Saftuyah, Encik Bahtiar, Encik Mahdi, Encik Mohd. razif dan Hjh. Reni) sedang dalam perjalanan lawatan ke-3 buah kampung menti iaitu Kampung Stumbin, Rumah Panjang Edmund Kumbong (21.12.2013) dan Kampung Beladin (22.12.2013). Semoga perkongsian ini akan menjadikan kampung menti lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga selamat pergi dan balik wahai sahabat mentorku sekalian.

Wassalam.

Taklimat menyeluruh oleh Encik Ibrahim kepada JKKK Kampung Senangeh,
Sadong Jaya (di dewan serbaguna kampung). Taklimat merangkumi aspek pengurusan/kepimpinan, buku profil dan perkara penting yang berkaitan dengan kemajuan kampung.

Lawatan ke persekitaran kampung untuk tujuan penambahbaikan
keceriaan dan keindahan / projek ekonomi jika berkaitan. JKKK Kampung ada menampakkan usaha ke arah
pengurusan yang lebih progresif dan bersistematik.

Lawatan ke rumah panjang dalam kawasan Kampung Senangeh. Hjh. Saftuyah diiringi oleh Pengerusi JKKK
serta AJK yang lain. Syabas dan tahniah kepada semua JKKK Kampung Senangeh atas usaha dan perubahan
yang dilakukan bagi memajukan lagi kampung.
Taklimat kedua oleh pegawai mentor di Kampung Sebandi Ulu,
di Bilik Gerakan JKKK. Tahniah kepada kaetua kaum, semua ahli JKKK dan kaunselor Tegak atas usaha dan
kesungguhan anda untuk memajukan kampung.

Lawatan sekeliling Kampung Sebandi Ulu bagi meninjau perkembangan semasa
keceriaan dan keindahan semasa.
Tahniah dan syabas kerana Kampung Sebandi Ulu telah menjadi naib johan dalam pertandingan
ADC peringkat negeri Sarawak 2013. Tahun 2014 akan penentu kejayaan sebenar kampung setelah mendapat
bimbingan daripada kampung mentor.
Gambar kenangan JKKK Kampung Sebandi Ulu bersama pegawai mentor dan pegawai KEMAS Negeri Cik Gleysia serta rombongan.

Wednesday 27 November 2013

MESYUARAT PENILAIAN HARGA BAGI MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN KPD KOPERASI DESA LESTARI KAMPUNG TANJUNG PARANG

Salam sejahtera:
Alhamdulillah, satu siri mesyuarat khas bagi menilai harga, pembekal perkhidmatan untuk KOPERASI DESA LESTARI, KAMPUNG TANJUNG PARANG, SAMARAHAN BERHAD telah dpt dijalankan pada 27 November 2013 (kelmarin) d Bilik JKKK KATAPA.
Mesyuarat dipengerusikan/diketuai oleh En. Abduraya, Pegawai KEMAS Samarahan dan dihadiri oleh Cik Nur Azreen (Penolong Peg. Ehwal Ekonomi,  SKM Smrhn, En. Zulkalfi (Pembantu Ehwal Ekonomi, SKM Smrhn dan En. Wan Jeymizan (KKLW Kuching).
Mesyuarat penilaian juga disertai oleh Tn. Hj. Ali b. Odik (Penghulu/Pengerusi JKKK KATAPA selaku Pengerusi Koperasi) dan En. Roselan b. Bahari ( bendahari Koperasi ).
Mesyuarat tamat jam 5.15 petang.

Aktiviti bergambar mesyuarat.